Saturday, February 13, 2010

MENGAPA MAKANAN SEJUK BEKU MENJADI PILIHAN

Industri makanan telah berkembang maju sejak kebelakangan ini. Manakala industri makanan sejuk beku sudah mula mengambil tempat di dapur – dapur penduduk di Malaysia. Keperluan kehidupan penduduk negara ini yang bekerja dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan sendiri , menjadikan industri makanan sejuk beku ini berkembang dengan pesat. Ini jelas dapat di lihat keperluannya di kalangan pekerja – pekerja di bandar – bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh atau pun Johor Baharu. Hampir keseluruhan keluarga di negara ini pernah menikmati makanan sejuk beku, Oleh yang demikian industri ini mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih baik selari dengan gaya hidup masyarakat kita kebelakangan ini.

Kebelakangan ini juga trend masyarakat kita yang mula mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Kebanyakan pengguna yang berpendidikan kepenggunaan sudah mula mengalih tumpuan bahan – bahan pemakanan mereka kepada bahan makanan yang asli dengan ramuan dan bahan yang tidak dipengaruhi oleh bahan – bahan kimia yang mampu memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Misalnya penggunaan bahan pengawet dalam makanan. Atas keprihatinan ini, maka kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dalam prose pengeluaran produk syarikat.. Oleh yang demikian produk yang ingin dimajukan oleh syarikat kami amat bertepatan dengan keperluan dan kehendak masyarakat kini. Kemudiannya produk kami ini diketengahkan dengan mengekalkan cita rasa aslinya dan keenakannya, dengan moto “ CITA RASA ASLI DIKONGSI BERSAMA “ sudah tentu berupaya mempengaruhi pasaran makan sejuk beku di negara ini.

Senario masa hadapan
Perniagaan makan sejuk beku mempunyai potensi yang cukup baik untuk berkembang maju. Memandangkan ia merupakkan produk makanan sudah tentu ia diperlukan oleh pengguna sepanjang masa. Oleh yang demikian perniagaan makan sejuk beku mempunyai potensi yang cukup baik untuk berkembang pada masa hadapan bersesuaian dengan trenda kehidupan masyarakan berkerjaya kini.